Bantuan tunai RM8,000 untuk golongan B40: Cara membuat tuntutan perlindungan mySalam

Kerajaan sebelum ini telah memperkenal Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (mySalam) iaitu sebuah inisiatif bagi membantu golongan B40 (isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah) menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa penyakit kritikal.

Secara mudahnya, mySalam ialah skim perlindungan kesihatan takaful percuma yang diperuntukkan khas kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia. Melalui skim ini beberapa inisiatif akan diberikan kepada mereka yang layak, antaranya:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (klik sini untuk senarai).
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera dan hospital universiti.

Syarat-syarat kelayakan mySalam

Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), iaitu:

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

Perlindungan untuk golongan B40 ini telah berkuatkuasa sejak 1Januari 2019 dan perluasan perlindungannya turut berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Cara membuat tuntutan

Tuntutan penyakit kritikal:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Tuntutan hospitalisasi:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Untuk semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat di LAMAN INI dengan mengisi nombor Kad Pengenalan (Mykad) masing-masing. Manakala bagi maklumat lanjut tentang mySalam secara lebih terperinci boleh lihat DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…