air percuma

Cara memohon Bantuan Bil Air Percuma tahun 2023: Pendapatan bawah RM5,000 layak memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan Bil Air Percuma

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan bantuan ini juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dan menghantarnya ke alamat e-mel: [email protected] atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Dimaklumkan juga bahawa – bagi semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.

Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dikemukakan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…