Ramai yang terlepas pandang, ini cara memohon bantuan Bil Air Percuma untuk golongan B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah program bantuan bil air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang merupakan program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan SADE:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) atau mengisi borang permohonan secara manual.

Bagi yang ingin membuat permohonan secara manual, Borang Permohonan SADE (muat turun DI SINI) yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Manakala, permohonan secara atas talian pula boleh dilaksanakan di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

Maklumat lengkap berkenaan SADE boleh dirujuk di portal rasmi Air Selangor – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…