BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, barangan penjagaan diri, produk pembersihan, dan bahan asas dapur merupakan antara perkara yang wajib ada di rumah. Tanpa barangan ini, kehidupan harian boleh menjadi terganggu – baik dari segi keselesaan, kesihatan mahupun keselamatan.

Pada asasnya, barangan keperluan harian merujuk kepada barangan yang digunakan secara tetap dan berulang setiap hari. Ini termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sabun mandi, ubat gigi, tisu, pencuci pinggan, dan sebagainya. Barang-barang ini mungkin nampak kecil dan remeh, namun kepentingannya amat besar dalam memastikan rutin harian berjalan dengan lancar.

Di Malaysia, permintaan terhadap barangan keperluan harian kekal tinggi sepanjang masa. Walaupun keadaan ekonomi berubah-ubah, pengguna masih akan memastikan barangan asas sentiasa mencukupi di rumah. Hal ini menjadikan sektor ini sebagai salah satu bidang yang stabil dan berdaya tahan. Namun begitu, isu kenaikan harga barang, gangguan rantaian bekalan, serta cabaran dalam kos sara hidup memberi kesan kepada kemampuan sesetengah keluarga untuk mendapatkan barangan ini secara konsisten.

Oleh itu, semakin ramai pengguna menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Ramai yang memilih untuk membeli dalam kuantiti besar semasa promosi, menggunakan kupon diskaun, atau membandingkan harga antara kedai fizikal dan platform e-dagang. Tidak kurang juga yang memilih produk jenama sendiri (house brand) yang lebih murah tetapi tetap berkualiti. Langkah-langkah ini menunjukkan kesedaran pengguna terhadap pentingnya merancang perbelanjaan barangan keperluan harian.

Bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dalam usaha menyediakan barangan keperluan setiap bulan. Terdapat pihak Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan bantuan berbentuk e-Dompet. Ini adalah maklumat lanjutnya.

Bantuan e-Dompet RM300 BINGKAS

BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan sokongan kepada keluarga-keluar yang memerlukan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

Kadar BINGKAS ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan dan boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar. Urusniaga pembelian dengan BINGKAS adalah secara tanpa tunai (melalui e-Dompet) dengan had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.

Dimaklumkan bahawa baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan. E-Dompet BINGKAS kemudiannya akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon BINGKAS

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BINGKAS boleh dikemukan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui Aplikasi Selangkah.

Pemohon kemudiannya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Barangan yang boleh dibeli dengan BINGKAS adalah seperti beras, tepung, gula, sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, garam, buah-buahan, mi bihun, roti, biskut, rempah ratus, kicap, sos, minyak masak, ubat-ubatan, lampin pakai buang, sabun, kelengkapan mandian, bahan pencuci, produk tenusu, barangan persekolahan dan barangan pendidikan.

Untuk info lanjut tentang BINGKAS, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…