Permohonan ditutup 15 September ini: Jangan lepaskan peluang memohon Bantuan BMT RM600

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

Salah satunya adalah bantuan kewangan dari RISDA yang memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM600 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil Makmur.

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

 

Manakala, bagi pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

 

Tarikh tutup permohonan BMT adalah pada 15 September 2022, Khamis.

Bagi maklumat lengkap dan permohonan secara atas talian BMT, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…