Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan negara suatu ketika dahulu, malah mereka juga memainkan peranan penting dalam membentuk nilai dan budaya dalam sesebuah keluarga serta komuniti. Namun, seiring dengan peningkatan usia, warga emas sering berdepan dengan pelbagai cabaran – baik dari segi kesihatan, kewangan mahupun sosial.
Di Malaysia, populasi warga emas semakin meningkat saban tahun. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, negara dijangka mencapai status “negara tua” menjelang tahun 2030 apabila 15% daripada rakyat berumur 60 tahun dan ke atas. Perubahan demografi ini memerlukan perhatian serius daripada semua pihak, termasuk kerajaan, masyarakat, dan institusi keluarga untuk memastikan golongan ini tidak dipinggirkan atau terabai.
Antara isu utama yang sering dikaitkan dengan warga emas termasuklah masalah kesihatan kronik, kekurangan penjagaan rapi, kesunyian akibat pengasingan sosial, serta kekangan kewangan akibat tiada pendapatan tetap. Ramai dalam kalangan mereka yang memerlukan rawatan perubatan berterusan tetapi tidak mampu menanggung kos perubatan yang semakin tinggi. Ada juga yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak-anak atau bantuan kebajikan.
Selain itu, aspek emosi dan mental warga emas juga tidak boleh dipandang remeh. Kehilangan pasangan hidup, kurangnya interaksi sosial, serta rasa tidak lagi berguna dalam masyarakat boleh menyumbang kepada masalah kemurungan dan tekanan jiwa. Oleh itu, pendekatan menyeluruh diperlukan untuk memastikan kebajikan warga emas sentiasa terbela—bukan sekadar melalui bantuan kewangan, tetapi juga sokongan emosi, persekitaran mesra warga emas, dan peluang untuk mereka terus aktif menyumbang kepada masyarakat.
Masyarakat yang prihatin ialah masyarakat yang menghargai warga emasnya. Sudah tiba masanya kita melihat mereka bukan sebagai beban, tetapi sebagai khazanah yang berharga. Setiap usaha kecil untuk menyantuni dan melibatkan mereka dalam kehidupan seharian mampu memberi impak besar terhadap kualiti hidup mereka.
Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan dan dirancang bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan di hari tua dengan keadaan selesa dan bermaruah. Antaranya adalah dengan memperkenalkan bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan Warga Emas (BWE)
Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini pada asasnya -diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM600 dan dibayar secara bulanan kepada yang layak.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama / menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE ini boleh dilaksanakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian / Cawangan di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Bagi memudahkan urusan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyuarat (JKM) – DI SINI.