Pendapatan isi rumah dalam kategori B40: Ini cara memohon Bantuan BWE RM500/setiap bulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia termasuklah bantuan kewangan secara bulanan atau sekaligus (one-off).

Antaranya adalah Bantuan Warga Emas (BWE) yang melibatkan jumlah bantuan bulanan sebanyak RM500. Ia diperkenalkan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; atau
  • Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BWE boleh dibuat oleh pemohon atau wakil di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan berikut ketika datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di portal rasmi JKM – DI SINI.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…