Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Salah satunya adalah sebuah bantuan melibatkan jumlah sebanyak RM250 secara ‘one-off’ di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP hendaklah dilaksanakan dengan mengisi borang permohonan IKPP secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Maklumat lengkap berkenana IKPP ini, sila rujuk di e-Munakahat Pahang – DI SINI.