Dibayar secara “one-off” untuk golongan B40: Ini cara memohon Bantuan Kewangan GP RM2,700

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pelancaran (GP) sebanyak RM2,700 yang dibayar secara ‘one-off’ kepada yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Objektif Geran Pelancaran (GP)

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan GP boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Dimaklumkan juga bahawa GP ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja. Oleh itu, bagi yang bukan kumpulan sasar JKM, permohonan bantuan bulanan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu.

Jika permohonan diluluskan dan tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan JKM, maka permohonan GP boleh dikemukakan.

Maklumat lengkap berkenaan GP boleh dibaca di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…