Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya termasuklah sebuah jenis bantuan kewangan sebanyak RM250 yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) untuk mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif;
- Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Akan tetapi, IKPP ini tidak layak bagi mereka yang:
- Poligami;
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
- Nikah tanpa kebenaran;
- Kedua pasangan bukan asal Pahang;
- Pendapatan lelaki melebihi RM5,000.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dan melampirkannya bersama:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Untuk maklumat lengkap berkenaan IKPP sila rujuk DI SINI dan borang permohonan boleh dimuat turun DI SINI.