Permohonan ditutup 2 hari lagi: Ini cara memohon Bantuan Kewangan Kerajaan RM600 tahun 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan sekali lagi pada tahun ini. BMT ini pada asasnya melibatkan bantuan kewangan yang dibayar sebanyak dua fasa dengan jumlah setiap fasa pada kadar RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan RISDA, permohonan BMT boleh dibuat secara atas talian di Portal Pekebun Kecil Makmur RISDA.

Dimaklumkan juga bahawa para pemohon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, benar dan sahih ketika mengemukakan permohonan bagi memudahkan proses permohonan.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BMT, ia akan dilaksankan sebanyak dua fasa pada bulan November dan Disember 2022 nanti.

Tarikh tutup permohonan BMT adalah pada 15 SEPTEMBER 2022, KHAMIS. 

Maklumat lengkap berkenaan bantuan kewangan ini boleh dirujuk terus ke portal rasmi RISDA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…