Permohonan ditutup 2 hari lagi: Ini cara memohon Bantuan Kewangan RM150 secara “one-off”

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui i-Bantuan yang telah memperkenalkan Bantuan i-Belia bagi kategori Bujang dan Mahasiswa dengan jumlah sebanyak RM150 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak kelahiran Terengganu berusia 18 hingga 39 tahun;
  • Belia dan mahasiswa yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta;
  • Permohonan turut dibuka kepada perantau yang berusia 18 hingga 39 tahun, dilahirkan dan pengundi berdaftar di Terengganu serta bukan kakitangan Kerajaan;
  • Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di hebahan rasmi.

 

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem i-Bantuan.

Tarikh tutup permohonan pada 06 OKTOBER 2022, KHAMIS.

Untuk yang diluluskan permohonan mereka, pembayaran i-Belia akan dilaksanakan mulai 30 Oktober hingga 30 November 2022 secara berperingkat.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk DI SINI, manakala permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…