Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri dan Persekutuan.
Salah satunya adalah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang melibatkan bantuan kewangan RM50 sebagai subsidi yuran tadika anak-anak mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan bantuan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
- Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
- Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
- Untuk anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja (senarai DI SINI).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan TUNAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi TUNAS.
Setelah permohonan secara atas talian lengkap, pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan dan melampirkannya bersama:
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;
- Salinan MyKad Ibu;
- Salinan MyKad Bapa;
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar;
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Ia kemudiannya perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk DI SINI.