Ini senarai penerima & cara memohon Bantuan Kewangan TAPEM RM300 – RM400 secara ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan di bawah pihak Kerajaan sama ada diperingkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan di bawah TAPEM yang dikenali sebagai Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi sebanyak RM300 higgga RM400 secara ‘one-off’. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan TAPEM ini: –

Kadar Bantuan

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Sarjana Muda: RM400
  • Ijazah Sarjana: RM400
  • Doktor Falsafah (PhD): RM400

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Pengundi di Negeri Melaka;
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja;
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT;
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (bukan dilahirkan di Melaka) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat, permohonan tidak di pertimbangkan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara manual atau secara atas talian (online). Bagi permohonan secara manual, Borang Permohonan boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat, dengan membawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Borang juga perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang berikut:

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon;
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon;
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon;
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah);
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT;
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon
    • Bank yang aktif sahaja;
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan;
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas;
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon;
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA).

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450, Melaka. 

Manakala, bagi permohonan secara atas talian, ia boleh dikemukakan di Sistem Permohonan TAPEM DI SINI dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dibaca – DI SINI

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…