Khas untuk berpendapatan B40: Ini cara memohon bantuan kewangan TUNAS RM50/setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM50/setiap bulan melalui sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai TUNAS di bawah YAWAS. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

TUNAS pada asasnya merupakan Skim Bantuan Tadika Selangor di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Melalui bantuan ini, ibu bapa yang layak boleh menerima sumbangan RM50/setiap bulan bagi membayar yuran tadika anak-anak mereka. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal;
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja sahaja (senarai tadika terlibat – DI SINI).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan TUNAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran TUNAS.

Selepas permohonan dibuat secara atas talian, pemohon perlu mencetak Borang Permohonan dan melampirkannya bersama:

  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
  • Cop Pengesahan Tadika tempat anak belajar
  • Bagi pemohon yang Bukan Kelahiran Selangor, berikut adalah Dokumen Tambahan yang perlu dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke e-mel [email protected] atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Untuk maklumat lengkap berkenaan TUNAS sila baca DI SINI dan permohonan atas talian boleh dibuat DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…