Cara memohon Bantuan Khas OKU RM500 selama 3 bulan ~ Tarikh tutup 6 Ogos 2021

Melalui Pakej Perlindugan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan sebelum ini, pelbagai usaha membantu mereka yang terjejas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah Bantuan Khas OKU iaitu sebuah usaha bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan teruk akibat pandemik seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Dengan bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 3 bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan:-

Syarat-syarat kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka mestilah:

  • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja;
  • OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  • Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  • OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

 

Cara memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang ‘google form’ berdasarkan negeri yang disediakan oleh pihak JKM – KLIK SINI.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI) dan menghantarnya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat tinggal pemohon atau menghantarnya dalam format PDF ke alamat e-mel: [email protected].

Setiap pemohon juga perlu memuat naik (upload) atau disertakan dengan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
  • Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 OGOS 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…