Berumur 18 hingga 25 tahun: Ini cara memohon Bantuan ‘one-off’ SIAP sebanyak RM500 – RM1,500

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Pusat.

Antaranya termasuklah sebuah skim bantuan kewangan sebanyak RM500 hingga RM1,500 di bawah Skim Inisiatif Anak Peneroka (SIAP) FELDA. Tujuan utama SIAP adalah bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka dan merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan;
  2. Had umur:
    • Peringkat Diploma: 18 hingga 23 tahun
    • Peringkat Ijazah: 18 hingga 25 tahun

Kadar Insentif

Dimaklumkan bahawan bantuan SIAP ini hanya diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat DIploma, Ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Dalam Negara: RM1,000
  • Ijazah Luar Negara: RM1,500

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA;
  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan peneroka;
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini.

 

Permohonannya kemudiannya boleh dikemukakan di Pejabat FELDA terdekat. Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan SIAP boleh dirujuk di portal rasmi FELDA atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…