Cara memohon bantuan RM480 & RM2,500 khas untuk suri rumah B40

Dalam usaha menggalakkan penyimpanan untuk hari tua di kalangan golongan suri rumah, pihak kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah inisiatif khas yang dikenali sebagai i-Suri.

I-Suri pada asasnya mempunyai matlamat untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga serta pembangunan negara. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif i-Suri di bawah KWSP: –

Manfaat i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500.

 

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai usia 60 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

Cara Mendaftar

Kepada yang berminat dan ingin membuat pendaftaran i-Suri, ia boleh dibuat di kios atau kuanter KWSP terdekat dengan membawa kad pengenalan pendaftar.

Caruman i-Suri pula boleh dibuat oleh ahli sendiri atau suami kepada pasangan yang layak. Caruman itu juga boleh disalurkan dengan pelbagai kaedah, antaranya:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP (mana-mana kaunter pembayaran KWSP menggunakan Borang KWSP 6A (2)).

 

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan i-Suri boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Tabung Haji Plantations Berhad (TH Plantations Berhad) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selain makanan dan pakaian. Ia bukan sekadar tempat berlindung daripada hujan,…