bantuan rumah

Permohonan ditutup bulan depan: Ini cara mohon Bantuan Rumah dibina atas tanah sendiri

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) yang telah dibuka permohonan bagi tahun 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan rumah ini:-

Bantuan Rumah RMR RAHMAN

RMR RAHMAN adalah sebuah inisiatif hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Rumah itu akan dibina di atas tanah milik pemohon yang berkelayakan.

Kos pembinaan yang akan ditanggung oleh pemohon adalah sebanyak RM55,000 dengan kadar bayaran balik bulanan RM286 sebulan selama 15 tahun.

Pembiayaan itu adalah pembiayaan tanpa faedah di mana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
  • Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000 sehingga RM4,500
  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon;
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan;
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya;
  • Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps;
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan bantuan ini, permohonan RMR RAHMAN boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Perumahan Terengganu.

Dimaklumkan bahawa permohonan inisiatif ini dibuka dari 05 JANUARI HINGGA 15 FEBRUARI 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan RMR RAHMAN, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…