bsh

RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup telah menjadi antara topik yang paling banyak dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dari harga barang keperluan harian yang semakin naik, sewa rumah yang melonjak, hinggalah kepada kadar gaji yang tidak seiring dengan peningkatan perbelanjaan – realiti ini memberi tekanan kepada ramai individu dan keluarga, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks harga pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa kategori utama, antaranya makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan, serta perumahan dan utiliti. Ini bermakna, rakyat kini perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan yang sama seperti sebelumnya. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada gaya hidup harian, malah turut menjejaskan tahap simpanan dan keselamatan kewangan jangka panjang.

Tambahan pula, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi global, ramai yang terpaksa mencari alternatif untuk menampung kos sara hidup. Ada yang mengambil kerja sambilan, menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, atau bergantung kepada bantuan kerajaan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), subsidi barang keperluan dan program e-dompet bagi golongan belia. Walaupun inisiatif-inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban, namun ia masih belum mencukupi untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Kos sara hidup yang tinggi bukan hanya isu ekonomi, malah turut memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan sosial rakyat. Tekanan untuk ‘cukup makan’ setiap bulan boleh menyebabkan tekanan emosi, konflik dalam keluarga dan juga menyumbang kepada masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup atau BSH.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah sebuah bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Ia bertujuan diberikan kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju meningkatkan kadar bantuan ini kepada RM500 setiap bulan, berbanding RM300 setiap bulan sebelum ini.

“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini,” petikan pembentangan Belanjawan 2025.

Syarat-Syarat Kelayakan BSH

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
    • Tanpa mengira tempoh khidmat.
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon BSH

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap. Borang ini boleh diisi oleh pihak pemohon sendiri atau warisnya.

Setiap maklumat yang diberikan hendaklah tepat dan benar bagi memastikan permohonan lancar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Namun begitu, setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Maklumat lengkap berkenaan Bantuan Sara Hidup, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI. 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…