Permohonan ditutup minggu depan: Ini cara memohon Bantuan Sara Hidup YP RM3,000 setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah Biasiswa IPT Yayasan Pahang (YP) Tahun 2022 yang melibatkan kadar penajaan sebanyak RM3,000 setahun kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim;
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-);
  • Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:
    • B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    • M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 – RM10,970/bulan.
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa;
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepaada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dilaksankan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Yayasan Pahang (YP) dengan memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Borang permohonan kemudiannya wajib dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum dihantar ke e-mel: [email protected].

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 OKTOBER 2022, RABU.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi YP atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…