Pendapatan isi rumah bawah RM5,000: Ini cara memohon Bantuan Kewangan TASPEN RM200

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) oleh Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam;
    • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
    • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa, bentuk TASPEN adalah merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak melalui Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN).

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau muat turun – DI SINI.

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan tatacara bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…