Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini melibatkan kadar minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
- Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.
Matlamat bantuan ini adalah bagi membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; - Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan BKK boleh dibuat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan ketika membuat permohonan iaitu salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan kewangan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM atau DI SINI.