bingkas

Bantuan eMADANI RM100 telah selesai dikreditkan. Ini cara memohon e-Dompet BINGKAS RM300

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai eMADANI. Bantuan ini melibatkan sumbangan Kerajaan sebanyak RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Ia juga mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Pelaksanaan bantuan ini telah pun selesai selaras dengan tempoh pendaftaran dan yang dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Kredit eMADANI itu pula boleh digunakan sehingga jam 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Tetapi di peringkat negeri, turut terdapat bantuan e-Dompet dan ia diberikan secara bulanan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Dompet BINGKAS

BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah bantuan berbentuk e-Dompet yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar RM300 setiap bulan.

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan  membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan BINGKAS

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Bagi permohonan BINGKAS, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS. Melalui bantuan e-Dompet ini, ia boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Antara barangan yang boleh dibeli adalah beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI).

Cara menggunakan bantuan e-Dompet ini boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

 

Akan tetapi, dimaklumkan bahawa pendaftaran BINGKAS telah pun ditutup. Maklumat berkenaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon – boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…