Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah Pas My50 iaitu pas perjalanan bulanan bagi Rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had.
Bagi yang layak mendapat My50, mereka boleh menggunakan pengangkutan awam merangkumi Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang dengan hanya RM50.
Manakala, bagi Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah boleh membeli My50 di Lembah Klang dan Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Membeli My50
Bagi yang ingin mendapatkan Pas My50, ia boleh dibeli di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL.
Cara membeli Pas My50 di Lembah Klang:
- Pastikan MyKad atay MyTentera anda mempunyai fungsi Touch ‘n Go;
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas dan pastikan MyKad atau MyTentera mempunyai tambah nilai minimum RM55 terlebih dahulu. Jika nilai dompet tidak mencukupi, anda perlu memuatkan semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera anda. Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch ‘n Go anda. Baki tidak akan ditolak sebaik pas anda telah diaktifkan, melainkan anda menggunakannya untuk transaksi lain (tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dll);
- Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan pas. Pas My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pas pintu dan akan dianggap sebagai Hari 1. Anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas. Apabila anda memilih untuk pembaharuan automatik My50;
- Pastikan jumlah dalam nilai dompet anda dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pas diperbaharui secara automatik.
Cara membeli Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas My50 Mutiara untuk Pulau Pinang;
- Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan pas. Pas My50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila anda menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang;
- Permemohonan pembaharuan automatik di mana-mana hab bas terpilih di Kuantan sahaja.
Maklumat lengkap berkenaan My50 boleh dirujuk di Portal Rasminya Bajet 2023 – DI SINI.