Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2022: Ini cara memohon PBUDN sehingga RM7,000/setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan program kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Salah satu yang diperkenalkan itu adalah program pembiayaan pendidikan yang dikenali sebagai Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia;
    • Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
    • Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (keutamaan diberikan kepada anak Selangor)
  • Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan;
  • Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian;
  • Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  • Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000 sebulan (gaji pokok).
  • Sila sertakan Salinan Sijil Lahir Pemohon, Salinan My Kad Pemohon, Bapa Dan Ibu, Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah Dan Menengah), Salinan Keputusan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Asasi/ Diploma (mana yang berkaitan);
  • Salinan Slip Gaji Terkini (ibu dan bapa/penjaga), Pesara sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau jika Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja /Suri Rumah sila dapatkan Pengesahan Pendapatan (Disahkan oleh Ketua Kampung / ADUN / Penghulu /Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja);
  • Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan Pengesahan Mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung / ADUN / Penghulu / Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja);
  • Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.

Syarat-syarat Akademik

  • Sijil
    • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal);
    • Memperolehi sekurang-kurangnya empat kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
  • Diploma
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
    • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
  • Ijazah Sarjana Muda
    • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya empat Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya lima kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
  • Ijazah Perubatan
    • Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang ingin membuat permohonan, permohonan program pinjaman ini boleh dibuat secara atas talian di Sistem Dana Pendidikan Selangor.

Permohonan dibuka dari 3 JUN – 31 JULAI 2022. 

Pemohon juga dikehendaki membuat semakan kelulusan permohonan secara atas talian dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan program ini sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…