Permohonan ditutup pada 20 Julai: Ini cara memohon pelbagai jenis bantuan di bawah BAIKS 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di oleh pelbagai pihak sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah sebuah Bantuan IKS (BAIKS) 2022 yang melibatkan empat kategori iaitu:

  • Mesin dan peralatan;
  • Pembungkusan;
  • E-dagang / digital;
  • Francais.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Industri Kecil Sederhana (IKS) dari sektor pembuatan;
  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah;
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah;
  • Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja;
  • Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis;
  • Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan;
  • Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.

Jenis-jenis perniagaan yang layak

  • Semua syarikat IKS dalam sektor pembuatan yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan;
  • Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan;
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak;
  • Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Usahawan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

Dimaklumkan bahawa pemohon perlu mengisi maklumat secara lengkap dan benar. Segala keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan pihak DIDR tidak pernah melantik agen atau wakil untuk menguruskan permohonan bantuan ini.

Tarikh tutup permohonan BAIK 2022 adalah pada 20 JULAI 2022. 

Untuk maklumat lengkap dan permohonan atas talian BAIKS 2022, sila rujuk di portal rasmi – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…