Cara memohon RM1,000 – RM10,000 di bawah SPIM untuk jana pendapatan

Seperti mana yang diketahui, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bagi memudahkan aktiviti penjanaan pendapatan di kalangan masyarakat Malaysia.

Antara yang diperkenalkan termasuklah sebuah skim di bawah TEKUN Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM). Skim ini menawarkan pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) dengan moratorium selama 12 bulan.

Memberikan keutamaan kepada peniaga sektor informal dan mikro, mereka yang layak boleh mendapatkan pembiayaan:

  • RM1,000 – RM5,000: Bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
    RM1,000 – RM10,000: Bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

 

Jenis-jenis Kelayakan Perniagaan

  • Perniagaan secara kecilan;
  • Penjaja kecil;
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business);
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business);
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business);
  • Perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).

 

Cara Memohon

Kepada para pengusaha yang berminat untuk memohon skim ini, ia boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TEKUN Nasional berhampiran di seluruh negara (senarai alamat cawangan – DI SINI).

Tempoh proses kelulusan setiap permohonan pula adalah dalam masa 7 hari bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini, dan segala urusan permohonan wajib melalui TEKUN Nasional.

Pembiayaan SPIM juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan skim ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…