motosikal

Cara memohon RM10,000 untuk beli motosikal: Permohonan dibuka sepanjang tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah skim di bawah TEKUN Nasional yang dikenali sebagai Tekun Mobilepreneur 4.0. Berikut adalah penjelasannya: –

Permohonan sehingga RM10,000 untuk membeli motosikal

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Melaluinya, usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain boleh memohon pembiayaan di bawah skim ini untuk membeli motosikal; baik pulih motosikal atau modal pusingan.

Kadar pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • RM1,000 – RM5,000: Bagi baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • RM1,000 – RM10,000: Bagi pembelian motosikal.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat – syarat Kelayakan Asas:

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat-syarat Kelayakan Tambahan:

  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut: Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan skim pembiayaan ini boleh dibuat di Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat. Dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.

Makanya, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…