rm200

100,000 permohonan BUDI MADANI telah diluluskan: Ini cara memohon RM200 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini tidak lain dan tidak bukan dengan tujuan asas iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40).

Baru-baru ini, pihak Kerajaan  telah menetapkan harga diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 seliter di semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung, bermula jam 12 tengah malam 10 Jun 2024. Namun begitu, pihak Kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar layak dengan memperkenalkan BUDI MADANI.

Malah, pihak Kerajaan juga telah meluluskan 100,000 permohonan BUDI MADANI bagi para pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan di bawah BUDI MADANI ini: –

Bantuan RM200 setiap bulan di bawah BUDI MADANI

BUDI MADANI adalah sebuah wadah Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Melaluinya, mereka yang layak boleh bantuan bulanan sebanyak RM200 setiap bulan di bawah dua bantuan iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

BUDI Individu adalah sebuah bantuan subsidi tunai yang disediakan oleh Kerajaan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan BUDI Individu adalah seperti di bawah:

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

 

Akan tetapi, BUDI Individu tidak layak bagi kriteria berikut:

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
  • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran

 

Manakala, BUDI Agri-Komoditi pula adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Untuk kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan ini. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran subsidi diesel fasa pertama kerana subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.

Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon. Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komoditi adalah:

  • Petani Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
      • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
      • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
      • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
    • Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
  • Pekebun Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
    • Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
      • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan hektar ke bawah
    • Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.

Cara Memohon

Bagi permohonan BUDI MADANI ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BUDI MADANI. Untuk permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Jika permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

Cara pembayaran pula adalah akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntutnya secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat dan permohonan kedua-dua bantuan ini boleh dibuat di Portal BUDI MADANI – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…