Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diperkenalkan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Program ini pada asasnya diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat
Dimaklumkan bahawa setiap rumah RMR akan dibina dengan keluasan 750 kps pada harga bermula RM75,000 seunit. Rumah satu tingkat itu akan memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Bagi setiap rumah pula, ia akan menerima subsidi pembinaan dari pihak Kerajaan sebanyak RM20,000. Kaedah pembiayaan yang disediakan bagi RMR adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon mestilah berumur 18 – 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Cara memohon BWE RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berusia 60 tahun & ke atas
- Senarai bantuan RM100 – RM200 setahun sekali yang boleh dimohon di bawah Program i-Sejahtera
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem RMR Online.
Pemohon kemudiannya perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi SPNB – DI SINI.