Cara memohon sehingga RM10,000 di bawah YP: Tarikh tutup permohonan 10 Januari 2022

Bagi memberikan akses pendidikan kepada segenap anggota masyarakat, pihak Yayasan Pahang (YP) telah memperkenalkan sebuah Program Pinjaman Pendidikan bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
  • Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

 

Jumlah Pinjaman

Kepada mereka yang ingin memohon, pihak YP telah menetapkan jumlah pinjaman seperti berikut:

  • DIPLOMA @ POLITEKNIK 
    • Kadar pinjaman: RM4,500/setahun (sepenuh masa)
  • IJAZAH SARJANA MUDA
    • Kadar Pinjaman: RM3,000/setahun (sepenuh masa)
  • SARJANA/KEDOKTORAN
    • Kadar pinjaman: RM3,000/setahun (sepenuh masa)
    • Kadar pinjaman: Yuran sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian (separuh masa)
  • DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA (Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah)
    • Kadar pinjaman: RM3,000/setahun (sepenuh masa) – kos sara hidup sahaja
    • Kadar pinjaman: Yuran sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian (separuh masa)
  • DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA (Kolej Universiti Yayasan Pahang)
    • Kadar pinjaman: RM3,000/setahun (sepenuh masa)
  • PROGRAM KEMAHIRAN (Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills)
    • Kadar pinjaman: Pinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup (sepenuh masa)

 

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan YP (SISPEN) – DI SINI.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh menghubungi talian: 09-518 1800 atau e-mel: [email protected] / [email protected].

Maklumat lanjut dan lengkap turut boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…