Cara memohon sehingga RM10,000 untuk baiki dan beli motosikal

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang bertujuan sebagai pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Jumlah Pembiayaan

Melalui skim ini, pembiayaan yang disediakan oleh pihak TEKUN Nasional adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 yang boleh digunakan bagi tujuan:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Dokumen-dokumen Diperlukan

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP17);
  • Gambar pemohon berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang;
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing;
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir);
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon);
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat dan ingin memohon pembiayaan ini, ia boleh dibuat dengan menghadiri mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Senarai lengkap alamat cawangan-cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk – DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan kerana itu para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi…
Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…