skim mesra

Mereka berumur 60 tahun & ke atas boleh terima RM150 ‘one-off’: Ini cara memohon Skim Mesra

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Skim Mesra yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan skim bantuan ini:-

Skim Mesra RM150

Dalam Skim Mesra, terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas atau SMUE. Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar bantuan sebanyak RM150 dalam bentuk baucar membeli belah yang boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan.

Baucar ini hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat oleh mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereska.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SMUE boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi Skim Mesra.

Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh dimuat turun di portal sama atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

Kepada yang dilulukan permohonan, baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Dimaklumkan bahawa baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Skim Mesra, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…