Pendapatan bawah RM5,000: Ini cara memohon Skim Rumah Sewa serendah RM450/sebulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah Skim Smart Sewa iaitu sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor melalui Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB). Skim ini pada asasnya menawarkan skim sewaan pada kadar berpatutan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebelum mereka mampu membeli rumah sendiri.

Malah berdasarkan pemerhatian, kadar sewa yang ditawarkan adalah serendah RM450/sebulan. Berikut adalah maklumat lanjut bekenaan skim ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  • Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  • Pendapatan seisi keluarga iaitu:
    • Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • Tidak melebihi RM15,000 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  • Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan skim ini boleh dibuat secara atas talian (online) atau mengisi Borang Permohonan secara lengkap dan dihantar ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:

Pejabat Pengurusan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat Bawah, Blok A,
PPR Kg. Baru Hicom, Jalan Bukit Belimbing 26/38,
40400, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini dan borang permohonan boleh dirujuk di portal rasmi PHSSB (DI SINI).

Manakala permohonan secara atas talian boleh dikemukakan di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…