Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui program bantuan membina rumah untuk rakyat Malaysia yang memerluka melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan rumah berkenaan: –
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Rumah Mesra Rakyat ataua RMR adalah sebuah program yang diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat adalah rumah satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Keluasan rumah 750 kps dan harga bagi setiap rumahadalah antara RM75,000 sehingga RM85,000 mengikut tempat sama ada di Semenanjung atau Sabah, Sarawak.
Dalam masa sama, setiap unit Rumah Mesra Rakyat juga akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan yang disediakan pula adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Kepada yang hendak membuat pendaftaran/permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR), ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem RMR Online Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Bagi setiap permohonan, berikut adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
Untuk Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang, ia perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Sekiranya permohonan diluluskan, tanggungjawab pemoho adalah:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Setelah unit RMR siap dibina, pemohon perlu membayar pembiayaan secara bulanan dan ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sahaja melalui JOMPAY. Berdasarkan laporan, setakat 31 Januari 2024 – jumlah permohonan RMR telah mencecah 187,248 permohonan. Dari jumlah itu, 104,076 telah diterima dan 65,758 diluluskan.
Maklumat lebih lengkap erkenaan Program Rumah Mesra Rakyat ini, sila rujuk di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.