Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia termasuklah melalui tabung kewangan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini kerana pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah sumbangan kewangan sebanyak RM480/setahun melalui sebuah program yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –
Manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
- Bantuan Kematian: RM2,500;
- Bantuan Hilang Upaya: RM5,000;
- Menerima dividen tahunan KWSP.
Syarat-syarat Kelayakan
Melalui insentif khas di bawah KWSP ini, golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Ini adalah syarat-syarat kelayakannya:
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Mendaftar
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran insentif ini boleh dibuat melalui Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan membawa dokumen perkenalan diri.
Dimaklumkan juga bahawa caruman program ini boleh dibuat oleh diri sendiri (suri rumah) atau suami kepada pasangan yang layak. Kaedah caruman pula boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara iaitu:
- Perbankan internet;
- Kaunter ejen bank;
- Ejen bank berdaftar;
- Kaunter KWSP.
Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.