Ramai yang masih tak memohon: Ini cara mendapatkan Bantuan Bil Air Percuma sampai tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan berbentuk Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Pemohon juga boleh mengisi Borang Permohonan SADE secara manual dan menghantarnya ke e-mel: ke [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Untuk makluman, bagi semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak akan menikmati faedah skim tersebut sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan SADE, boleh rujuk – DI SINI.

Manakala pautan untuk mendapatkan borang pemohonan atau permohonan secara atas talian (online) boleh didapati – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…