Cara mendapatkan baucar beli belah RM100, khas untuk golongan warga emas

Melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan kepada golongan warga emas yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim bantuan ini: –

Manfaat SMUE

Terdapat dua jenis bantuan di bawah SMUE dan salah satunya adalah:

Baucar Beli-Belah RM100

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas pemakluman.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup bermula 1 Januari 2021;
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.

Manakala, permohonan secara manual pula boleh dibuat dengan mengisi borang (muat turun DI SINI) dan menghantarnya ke Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran.

Dokumen sokongan yang lengkap juga perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan

Permohonan secara atas talian juga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan SMUE boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…