Cara mendapatkan elaun RM300 sebulan dengan menghadiri temuduga kerja

Di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pelbagai bantuan telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah inisiatif SIP PRIHATIN 2.0 yang memberikan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada mereka yang sedang mencari kerja di kala suasana pendemik yang melanda.

Malah, kerajaan juga telah bersetuju untuk meluaskan pemberian elaun ini kepada individu yang menggangur dan merupakan bukan pencarum PERKESO seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Kaedah Pelaksanaan

Secara asasnya, tempoh aktiviti pencarian pekerjaan yang melayakkan EMP adalah selama 3 bulan, bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan. Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan EMP yang berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja.

Kepada mereka yang menghadiri temuduga dan diterima masuk bekerja, mereka akan menerima sumbangan khas sebanyak RM400 di bawah SIP PRIHATIN 2.0.

Untuk gambaran lengkap kaedah pelaksaan, boleh dirujuk di bawah:

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Daftar & Lengkap Profil di Portal MYFutureJobs (KLIK SINI);
  • Langkah 2: Daftar di Aplikasi PERKESO (Play Store/ App Store) bagi tujuan bayaran insentif mengikut kelayakan;
  • Langkah 3: Hadiri Program Temuduga & Kemaskini Log Aktiviti di Portal MYFutureJobs;
    • Akaun Pengesahan Syarikat perlu dilampirkan sekiranya menghadiri program temuduga bukan anjuran PERKESO
  • Langkah 4: Mengemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  • Langkah 5: Terima bayaran mengikut aktiviti yang dijalankan.

 

Tarikh permohonan SIP PRIHATIN 2.0 dibuka sejak 15 Julai 2021, dan ditutup pada 31 Disember 2021.

Bagi maklumat lengkap dan teperinci berkenaan SIP PRIHATIN 2.0, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…