Cara menebus bantuan e-dompet RM150 yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022

Dalam Bajet 2022, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat serta merangsang ekonomi negara.

Salah satunya termasuklah bantuan e-dompet yang dikenali sebagai eStart bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan di kalangan rakyat Malaysia.

Melalui eStart, mereka yang layak akan menerima sumbangan wang melalui e-dompet masing-masing sebanyak RM150. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini:

Kelayakan Penerima

Bagi eStart, kerajaan menetapkan ia hanya diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja. Dalam masa sama, inisiatif ini turut membabitkan pelajar sepenuh masa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Oleh hal demikian, inisiatif dengan peruntukan sebanyak RM300 juta ini diharapkan akan memanfaatkan lebih dua juta penerima dari kalangan belia, yang boleh menggunakannya bagi membeli barangan berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Cara Menebus

Seperti mana program e-dompet sebelum ini yang dikenali sebagai e- Belia, pelaksanaan eStart juga dijangka sama dengan pelaksanaan e-Belia iaitu wang berkenaan boleh ditebus menggunakan aplikasi e-tunai terlibat.

Antara aplikasi e-tunai itu adalah:

  • BigPay;
  • Boost;
  • ShopeePay;
  • Touch ‘n Go eWallet.

 

Dengan itu, pengguna hanya perlu mengikuti arahan yang disediakan di aplikasi e-tunai tersebut dan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik bagi membuat menebusan.

Dimaklumkan juga bahawa, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eStart daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.

Untuk maklumat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif di bawah Bajet 2022, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…