Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median Nasional yang dikemaskini dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Secara umum, isi rumah dalam kumpulan B40 memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM4,850, namun jumlah ini boleh berbeza mengikut lokasi dan faktor ekonomi.
Golongan B40 sering berdepan pelbagai cabaran ekonomi, termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat, akses terhad kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan yang terbatas, serta kesukaran mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang mencukupi. Tambahan pula, mereka lebih terdedah kepada impak negatif perubahan ekonomi, seperti kenaikan harga barang dan ketidaktentuan pasaran kerja.
Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan B40 mengurangkan beban kewangan mereka. Antara bantuan yang disediakan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu bantuan kewangan langsung kepada isi rumah berpendapatan rendah bagi membantu perbelanjaan harian.
Bantuan kepada B40 bukan sekadar mengurangkan tekanan kewangan tetapi juga memastikan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Dengan menyediakan akses kepada pendidikan, kesihatan, pekerjaan, dan kediaman yang lebih baik, golongan ini dapat meningkatkan taraf hidup mereka serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Selain itu, terdapat juga bantuan secara bulanan kepada golongan B40 dan ia dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi ketika ini.
Pada asasnya, SARA diberikan kepada para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati kriteria berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar SARA 2025
Kadar keseluruhan SAR 2025 adalah antara RM450 hingga RM2,100 mengikut setiap kartegori penerima:
Pembayarannya pula dibuat secara berperingkat dengan kadar antara RM50 hingga RM200 setiap bulan. Kaedah pembayaranny adalah secara kredit terus ke Kad Pengenalan penerima yang layak.
Berikut adalah jadual pembayaran SARA 2025:
Cara Menggunakan SARA 2025
Pada penerima SARA boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membuat pembelian barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan secara tanpa tunai.
Pada ketika ini terdapat lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara yang boleh menggunakan SARA iaitu seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Tatacara menggunakan SARA adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan kelulusan dan kelayakan SARA 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Bagi maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal STR – DI SINI.