Dilaksanakan sampai akhir tahun ini: Cara mohon Bantuan Bil Elektrik sehingga RM40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang merupakan bantuan Kerajaan bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM);
  • Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  • Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169;
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2019 sehingga tahun 2020.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Pelaksanaan program rebat ini akan berjalan sepanjang tahun 2022 iaitu sehingga 31 Disember 2022.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Rebat ini boleh dibuat dengan melalui cawangan TNB, SESB atau SEB yang terdekat untuk mengemaskini nombor akaun bil elektrik.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik.

Maklumat lebih teliti berkenaan cara pelaksanaannya boleh dirujuk di portal sama – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…