Bantuan Warga Emas

RM500 dikreditkan setiap bulan ke akaun: Cara mohon Bantuan Warga Emas (60 tahun dan ke atas)

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan bulanan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan-bantuan itu disalurkan kepada rakyat Malaysia khususnya mereka daripada kalangan berpendapatan rendah (B40) dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan bulanan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE)  iaitu sumbangan tunai sebanyak RM500 setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan. Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Berdasarkan maklumat dipetik dari JKM, warga emas adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Pada tahun 2023, Jabatan Statistik Malaysia (JSM) mendapati penduduk dikategorikan sebagai warga emas (berumur 65 tahun dan lebih) meningkat kepada 7.3 peratus pada 2022 berbanding 7.0 peratus (2021) daripada keseluruhan populasi Malaysia.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Warga Emas ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan JKM. Sekiranya pemohon uzur, borang itu juga boleh diisi oleh waris yang sah.

Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta kemudiannya dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Bagi tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion. Ini akan
memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU. Sukacita juga dimaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Dalam masa sama, bagi tahun ini –  sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk melindungi kesejahteraan warga emas. Ini antaranya untuk membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Kerajaan turut mencadangkan supaya Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar 10 peratus daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian bagi setiap tahun taksiran. Elaun ini diberi bagi perbelanjaan yang layak dilakukan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…