Mufti minta ahli KWSP tukar ke Simpanan Syariah: Ini cara mudah tukar dari Konvensional ke Syariah

Berdasarkan kenyataan dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada April tahun lalu, setiap pencarum KWSP yang beragama Islam dan masih menggunakan akaun simpanan konvensional, hendaklah segera bertukar kepada akaun simpanan syariah.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Mufti Selangor turut telah mengeluarkan fatwa bahawa para pencarum yang beragama Islam wajib mencarum dalam akaun KWSP Islamik.

Berdasarkan dua kenyataan ini, maka sudah tiba masanya untuk para pencarum KWSP beragama Islam membuat penukaran ke Akaun Simpanan Syariah bagi mendapat hasil yang lebih bersih.

Oleh itu, berikut adalah cara membuat penukaran dari Akaun Konvensional ke Akaun Syariah dengan mudah:

Cara Tukar ke Simpanan Syariah

Kaedah membuat penukaran status simpanan secara atas talian (online) boleh dibuat melalui Portal i-Akaun (Ahli) dengan langkah-langkah berikut:

  • Log masuk di i-Akaun KWSP;
  • Pilih menu Simpanan Syariah;
  • Klik pada “Daftar Sekarang”;
  • Buat pengesahan seperti yang diarahkan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selain itu, ia juga boleh dilaksanakan melalui kaunter atau Kiosk KWSP di seluruh negara. Ahli hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri Kad Pengenalan (MyKad) serta salinannya.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Simpanan Syariah KWSP dan manfaat-manfaatnya, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…