Cara pembayaran bantuan RM500 ‘one-off’ kepada golongan B40 dan penerima BPR

Pada Mac lalu, Kerajaan telah melancarkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu sebuah strategi bagi melonjakkan kembali ekonomi negara. Melalui program ini, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif, antaranya seperti bantuan RM500 secara one-off kepada golongan B40 yang kehilangan punca pendapatan.

Selain itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah. Apa yang pasti, kedua-dua kategori ini akan melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

Berkenaan dengan pendaftaran permohonan dan cara pembayaran, menurut kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – bantuan ini tidak akan melibatkan sebarang proses pendaftaran permohonan.

Sebaliknya, pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Begitu juga dengan penerima BPR, di mana kelulusan bantuan akan ditentukan melalui sistem berkenaan, tanpa pemohon perlu mendaftar semula.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa pembayaran bantuan one-off ini akan bermula pada Jun 2021 terus ke akaun bank penerima masing-masing.

Sebelum ini, PERKESO melaporkan antara punca utama kehilangan pekerjaan di Malaysia adalah akibat – pengecilan tenaga kerja, penutupan perniagaan, serta ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Bersama (MSS). Malah, terdapat juga yang kehilangan pekerjaan akibat masalah kewangan syarikat dan kerana ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan Negara telah membahagikan beberapa kategori di kalangan isi rumah B40.

Ia termasuklah dengan meletakkan mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500 dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 dalam B3; dan RM3,970 hingga RM4,849 pula di bawah B4.

Bagi meringankan beban mereka yang terjejas, PEMERKASA diperkenalkan dengan nilai keseluruhan RM20 bilion, bersama suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Ia menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…