Cara pembayaran bantuan RM500 ‘one-off’ kepada golongan B40 & penerima BPR pada Jun ini

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu sebuah strategi bagi melonjakkan kembali ekonomi negara rentetan dari hambatan pandemik yang melanda.

Antara inisiatif yang diperkenalkan melalui program ini, termasuklah bantuan RM500 secara one-off kepada golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Untuk bantuan kepada golongan B40, ia akan diberikan kepada mereka yang kehilangan punca pendapatan, manakala bagi penerima BPR pula akan melibatkan mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawah. Kedua-dua kategori ini juga melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

Berdasarkan kenyataan Kerajaan melalui Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yassin – bantuan berkenaan tidak akan melibatkan sebarang proses pendaftaran permohonan.

Sebaliknya, ia akan dinilai selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang yang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi penerima BPR, kelulusan bantuan itu nanti akan ditentukan melalui sistem yang berkenaan dan pendaftaran tidak diperlukan. Apa yang pasti, bantuan berkenaan akan bermula pada bulan Jun 2021 akan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing.

Sebelum ini, PERKESO melaporkan ramai di kalangan rakyat di negara ini kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan banyak syarikat gulung tikar, mengecilkan tenaga kerja, menamatkan perkhidmatan pekerja dan sebagainya.

Di samping itu, Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan Negara telah membahagikan beberapa kategori di kalangan isi rumah B40.

Iaitu dengan meletakkan mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500 dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 dalam B3; dan RM3,970 hingga RM4,849 pula di bawah B4.

PEMERKASA diperkenalkan dengan nilai keseluruhan RM20 bilion, bersama suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…