Cara pembayaran & membuat semakan bantuan RM1,000 di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban mereka yang terjejas. Antara inisiatif tersebut termasuklah melalui Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) bagi menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan.

Setiap PKS mikro yang layak, bakal menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1,000. Manakala, bagi penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 pula, mereka tetap akan menerima bayaran tambahan RM1,000 tanpa perlu membuat permohonan semula.

Permohonan GKP 3.0 ini telah dibuka dari 1 April hingga 15 April 2021 lalu dan pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my.

Berikut adalah tatacara membuat semakan:

  1. Pergi portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Klik butang Semak
  4. Lihat pada Status Permohonan untuk tahu sama ada permohonan diluluskan atau tidak

 

Cara pembayaran:

Berkenaan dengan cara pembayaran bantuan, ia akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank persendirian pemohon tersebut mestilah sama ada akaun bank simpanan/semasa yang aktif sahaja.

Sekiranya pemohon gagal mengemukakan maklumat akaun bank semasa permohonan dibuat, proses pembayaran tersebut akan gagal dan bayaran akan terbatal, kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan/semasa yang aktif sahaja.

Perlu diingatkan juga bahawa jika Pemohon atau Pasangan GKP 3.0 adalah berstatus Lulus BPR 2021, mereka tidak layak menerima GKP 3.0.

Untuk Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0, pemohon boleh menghubungi HasilCare Line di talian: 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…