Dividen ASB 2 & ASM Telah Dikreditkan: Ini Cara Mudah Semak & Keluarkan Duit Dividen Secara Online

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), bersamaan 4.30 sen seunit

Ia turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta bagi Amanah Saham Malaysia (ASM), iaitu bersamaan 4.00 sen seunit

Tarikh Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

Pengagihan yang diisytiharkan oleh kedua-dua akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2022.

Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB bagi kedua-dua dana ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 31 Mac 2022 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Cara Semak Pembayaran Dividen

Bagi setiap pemegang unit amanah saham di bawah ASNB, mereka sebenarnya boleh mendaftar di sistem myASNB bagi memudahkan segala urusan berkaitan pelaburan masing-masing. Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi myASNB di App Store, Google Play, atau App Gallery;
  • Langkah 2: Daftar dan Sahkan Identiti;

Bagi yang telah mendaftar, myASNB boleh dibuka melalui apkasinya di telefon pintar masing-masing atau di browser – DI SINI.

Untuk membuat semakan pembayaran dividen, ia boleh dibuat dengan cara:

  • Log masuk (isi ID Pengguna dan Kata Laluan);
  • Klik pada butang ‘penyata’
  • Lihat jumlah pelaburan dan baki pelaburan.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Selepas berjaya membuat pendaftaran di sistem myASNB, pengeluaran duit juga boleh dibuat di sistem sama. Ia adalah melalui tatacara berikut:

  • Log masuk di aplikasi myASNB atau portal MyASNB (DI SINI);
  • Klik pada menu ‘Portfolio’ dan pilih dana yang ingin dikeluarkan;
  • Klik pada “Transaksi” dan pilih butang “Jualan Balik”;
  • Klik butang “Seterusnya”.

Selepas itu, akan keluar maklumat akaun bank yang telah didaftar di sistem berkenaan. Pengguna kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diminta dan membuat pengesahan pengeluaran bagi memindahkan wang ke akaun bank.

Ketetapan transaksi secara atas talian adalah:

  • Pengeluaran minimum: RM100;
  • Pengeluaran maksimum: RM1,000 sebulan (tiga kali sebulan).

Dimaklumkan juga bahawa tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap jualan balik yang bilaksanakan di myASNB. Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan pengeluaran secara atas talian, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…