Bantuan SARA

RM100 Dikreditkan Bulan Secara Automatik: Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan laporan terkini, kategori ini terdiri daripada individu dan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan. Mereka sering berhadapan dengan cabaran ekonomi yang ketara, termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat, peluang pekerjaan yang terhad, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta pendidikan yang berkualiti.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, golongan B40 lebih terdedah kepada kesan inflasi dan kenaikan harga barang asas. Perbelanjaan harian seperti makanan, pengangkutan, dan tempat tinggal boleh menjadi beban yang berat bagi mereka. Selain itu, ramai dalam kumpulan ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi kecemasan kewangan, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kejutan ekonomi seperti kehilangan pekerjaan atau kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan mahal.

Menyedari cabaran ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan B40, termasuk bantuan tunai, subsidi pendidikan, insentif perumahan, dan skim perlindungan kesihatan. Namun, keberkesanan bantuan ini bergantung pada pelaksanaan yang telus serta kesedaran masyarakat dalam memanfaatkan peluang yang ada.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah B40. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi ketika ini.

Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

 

Kadar Sumbangan Asas Rahmah pula antara RM450 hingga RM2,100 mengikut setiap kartegori penerima:

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pembayaran SARA dibuat secara berperingkat dengan kadar antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori penerima. Pembayaran pula dibuat dengan cara dikreditkan terus ke Kad Pengenalan (MyKad) penerima.

Penerima kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pada ketika ini terdapat lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara yang boleh menggunakan SARA iaitu seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara Semak Kelulusan SARA

Bagi yang layak, mereka akan menerima pemakluman melalui surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR. Penerima SARA yang layak juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan turut boleh dibuat dengan menghubungi BKK HASiL di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang). Semakan juga boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Bagi maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal STR – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang…
Bantuan BMT RM800 Telah Selesai Dikreditkan Ke Akaun: Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan BMT RM800 Telah Selesai Dikreditkan Ke Akaun: Senarai Penuh Penerimanya

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Pada tempoh ini, hujan…
Pelbagai Jawatan Kosong Ditawarkan ANGKASA ~ Permohonan Ditutup 17 Mac 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Ditawarkan ANGKASA ~ Permohonan Ditutup 17 Mac 2025

Pada ketika ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…